Terobosnusantara.Com-Kualalumpur Warga Negara Indonesia Propinsi Sulawesi Tenggara Kabupaten Muna Barat Kecamatan Lawa Desa Watumela yang menembak pegawai Bank Malaysia (Ambank) cawangan Subang Jaya Malaysia dan mencuri uang senilai RM 500.000.
La Ode Ardi Rasila di kekalkan hukuman gantung pada 29 February 2016, 15;44 waktu Malaysia, pertuduhan penalti lebih berat 1971 Karena melakukan Rompakan (pencurian) dan sengaja melapaskan tembakan dengan senapang patah.
Pada 15 July 2024 waktu 1:55 pm la Ode Ardi berhasil mengepikan Hukuman gantung dan di gantikan hukuman penjara 38 tahun bersaman dengan 12 sabitan, keputusan itu dibuat panel hakim yang di ketuai Oleh Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim mahkamah Persekutuan Datuk Noordin Hasan dan Datuk Hanapaih Farikullah.
Susulan keputusan itu hukuman keatas LAODE Ardi digantikan penjara 38 tahun dan 12 sebatan Bagi pertuduhan mengikut seksyen 302 kanun ke seksaan selepas Berjaya dalam pertuduhan itu.
LAODE yang bersal Dari Sulawesi Tenggara itu turut dikenakan hukuman 33 tahun dan 12 sebatan(cambok) dibawa pertuduhan kedua dibawa seksyen 3 Akta senjata api , penalti lebih berat 1971 Karena melepaskan tembakan dan perompakan (pencurian) selepas diketepikan hukuman mati.kedua hukuman itu berjalan serentak terhitung sejak ditangkap 10 November 2013.
Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan membunuh pegawai Bank cawangan Subang Jaya Norazita Abu Talib, lebih dua tahun silam
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan La Ode Ardi Rasila terhadap sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan membunuh itu.
Panel hakim turut menolak rayuan warga Indonesia berumur 39 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman mati bagi satu lagi pertuduhan mengikut Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan dan sengaja melepaskan tembakan dengan senapan patah.
La Ode, yang memakai pakaian penjara warna putih-merah kelihatan tenang semasa mahkamah menyampaikan keputusan itu.
Hakim Raus berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah meneliti pembelaan La Ode dan Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai sebarang alasan untuk membuat keputusan sebaliknya.
“Pihak pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.
Sabitannya adalah kukuh,” kata Hakim Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma’arop, Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Zaharah Ibrahim.
Peguam Gooi Soon Seng yang mewakili La Ode, sebelum itu berhujah anak guamnya bukan melepaskan tembakan itu secara sengaja tetapi mengacukan senapan itu untuk menarik perhatian Norazita dan rekan setugasnya untuk memberitahu mereka yang dia akan merompak bank itu.
“Dua wanita itu sedang meletakkan uang ke dalam bilik kebal. Dia berada dalam keadaan resah. Dia sangat gelisah. Anak guam saya kata dia hanya acukan senapan itu dan tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.
Gooi berkata La Ode memang berniat untuk merompak tetapi tidak berniat untuk menyebabkan kematian Norazita.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berhujah mustahil untuk La Ode melepaskan tembakan tanpa niat.
Beliau berkata ini kerana sebelum dia memetik picu, dia perlu meletakkan pin keselamatan dalam kedudukan “tembak”.
Pada 14 Ogos, 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati selepas mendapati La Ode bersalah terhadap dua pertuduhan itu.
Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam bangunan AmBank cawangan Subang Jaya di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, antara 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Okt, 2013.
Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Julai tahun lepas.
La Ode mempunyai satu lagi pilihan iaitu merayu kepada Lembaga Pengampunan terhadap hukuman mati dihadapinya.
*𝚁𝚎𝚙𝚘𝚛𝚝𝚎𝚛 :𝙻𝚊 𝚃𝚘𝙱𝚞𝚕𝚞*
𝙿𝚎𝚗𝚞𝚕𝚒𝚜/𝙴𝚍𝚒𝚝𝚘𝚛:𝙰𝚗𝚍𝚒 𝚂𝚢𝚊𝚖